"MASALAH KEDUTAN PADA BANNER" - by @acitguestbook

"MASALAH KEDUTAN PADA BANNER"


Semua orang pasti nak backdrop yang cantik dan tidak berkedut. Setuju?
1. Sejak tahun 2013 acit buat pemasangan #backdrop rata rata kastemer akan tanya ada papan base tak belakang backdrop. Acit akan jawab kami tak guna papan base sebab kos tinggi.
2. Untuk kos backdrop yang ada papan base yang biasa dipasang oleh syarikat syarikat besar berharga minimum Ringgit Malaysia 8++ ke atas size 8x8ft. Kalau kastermer nak yang langsung tidak berkedut acit akan cadangkan yang backdrop papan base. Harga mahal hasilnya pasti berbaloi kan.
3. Acit usaha untuk "try anda error" bermacam macam cara untuk pastikan backdrop yang acit pasang tidak berkedut.
4. Bermula dengan menggunakan "Jet Set" pelamin. Acit beli di bridal shop dan cuba pasang masih berkedut.
5. Acit cuba lagi beli kayu dan pasang atas dan bawah hasilnya kurang berkedut tetapi ada masalah keselamatan. Sebab tidak kukuh dan boleh roboh.
6. Cuba dan cuba lagi dengan cara sambungan yang pelbagai. Akhirnya acit dapat selesaikan masalah backdrop berkedut ini. Betul orang cakap 'usaha tangga kejayaan'.
7. Alhamdulillah, Setakat ini cara ini sungguh mudah dan paling jimat sehingga 40%.
8. Satu kepuasan apabila dapat pasang satu backdrop yang licin dan langsung tak berkedut. Nak bergambar pun rasa seronok dan teruja.

#share #tag #follow

No comments:

Post a Comment

Sila beri pandangan anda dan cadangan mengenai blog ini. Terima kasih :)
Terima Kasih melawat blog HM.

Popular Posts