Perkahwinan Budget Mewah Bijak Berbelanja!

Salam,


Bagi orang yang berduit memang tak da masalah tentang membuat persiapan hari Raja Sehari. Semakin hari kos persiapan untuk meraikan majlis untuk perkahwinan semakin tinggi. Bagi mereka yang tidak mampu terutamanya pihak lelaki yang akan mengeluarkan sejumlah wang kepada pihak perempuan.

Rancang Perbelanjaan amat penting bagi sebuah majlis perkahwinan yang sederhana tetapi meriah.
Pastikan dahulukan perkara-perkara yang penting.

Kad Kahwin.
Kad kahwin boleh dikurangkan budget perbelanjaan. Belilah kad kahwin yang harga RM0.40/kad. Walaupun ia murah tetapi ia amat menjimatkan. Kalau anda membeli RM1.00/pc anda sudah jimat RM600 jika jemputan anda 1000 orang.

Hantaran.
Gubahan hantaran antara persiapan awal yang kadang-kadang memeningkan kepala jika tidak mengikut kemampuan sesebuah pasangan. Budget hantaran anda. Jika anda ingin laburkan RM200 setiap dulang. Pastikan ia tidak lebih atau kurang bagi hantaran yang seimbang. Jika anda dapat mengurangkan harga 1 hantaran dari harga budget itu memang nasib baik anda. Jika ada 7 dulang x RM200. Maknanya hantaran anda budget RM1400 sahaja. Jika dapat dikurangkan Alhamdulillah. Seperti hantaran gubahan sirih hanya memerlukan kos RM60++ jika dibuat sendiri. Ini telah mengurangkan kos anda.

Sewa.
Anda mestilah menyewa barang-barang yang anda akan guna sekali sahaja seumur hidup anda. Senaraikan barang-barang tersebut seperti Pelamin, Baju pengantin, dan lain-lain.


Oleh dengan itu, Pastikan anda bijak memilih dan membuat pertimbangan harga dengan sebaik-baiknya tanpa mengikut nafsu dan pembaziran.

Reactions:

0 dah nak sampai hari bahagia:

Post a Comment

Sila beri pandangan anda dan cadangan mengenai blog ini. Terima kasih :)
Terima Kasih melawat blog HM.